Memaparkan catatan dengan label Fokus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fokus. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Oktober 2015

Russia bunuh 300 militan di Syria dalam tempoh lebih 24 jam

SERANGAN tentera udara membunuh 300 militan di Syria dalam tempoh lebih 24 jam. - Foto EPA 
MOSCOW: Serangan tentera udara membunuh 300 militan di Syria dalam tempoh lebih 24 jam. Kementerian Pertahanan Russia dalam kenyataannya menyebut, tentera udaranya menembak 60 sasaran kumpulan pemberontak Negara Islam (IS), sejak melancarkan serangan 10 hari lalu. Terdahulu, Moscow melaporkan menembak sekurang-kurangnya 10 sasaran sehari. Peningkatan kadar serangan itu bertujuan bagi menghalang militan berkumpul semula dan berpecah dari kawasan yang mempunyai penduduk. Kementerian itu menyebut, jet udara menggunakan bom berpandu tepat KAB-500 bagi memusnahkan ibu pejabat kumpulan militan Liwa al-Haqq, yang terletak di wilayah Raqqa, Syria. - REUTERS.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/87822

Microsoft Surface 3 Tampil Dengan Spesifikasi Hebat

Microsoft Surface 3 telah diperkenalkan secara rasmi oleh pihak Microsoft. Harga Microsoft Surface 3 adalah USD499 atau sekitar RM2060 untuk varian terendah dan USD599 atau sekitar RM2480 untuk varian yang lebih tinggi.
Tablet yang beroperasi menggunakan OS Windows 8.1 x64 ini menawarkan reka bentuk yang nipis dan ringan. Di samping itu, Microsoft Surface 3 juga akan hadir dengan dua varian, varian pertama memiliki RAM 2GB dan memori dalaman 64GB sementara varian kedua hadir dengan RAM 4GB dan memori dalaman 128GB. Seperti yang telah disebutkan, harga Microsoft Surface 3 berbeza-beza untuk setiap variannya.

Walaupun harga Microsoft Surface 3 dan RAM serta memori dalamannya berbeza-beza untuk setiap varian, tetapi kedua varian tersebut memiliki spesifikasi skrin yang sama. Skrin yang digunakan berteknologi ClearType dengan ukuran 10.1 inci. Skrin beresolusi full HD 1920 x 1080 pixel tersebut mampu menerima 10 sentuhan sekaligus dan menawarkan sudut pandang yang luas.
Skrin yang dimiliki Microsoft Surface 3 ini menjadi salah satu jualan utamanya kerana turut berfungsi bersama stylus pen yang hadir dengan sebutan Surface Pen. Selain aspek paparan, aspek kamera juga dikatakan hebat. Kamera utamanya hadir dengan resolusi 8 megapiksel autofokus. Di samping itu, pihak Microsoft juga membekalkan tablet ini dengan kamera depan beresolusi 3.5 megapiksel yang sangat sesuai untuk video call.
Bagaimana dengan prosesor? Microsoft Surface 3 menggunakan prosesor Intel Atom x7-Z8700 quad-core yang berfrekuensi 1.6GHz. Prosesor tersebut dilengkapi dengan TurboBoost 2,4GHz serta disandingkan dengan RAM 2GB/4GB dan pengolah grafik HD Graphics.
Microsoft Surface 3 ini hadir dengan dimensi 267 x 187 x 8.7 inci dan berat 622 gram. Tablet ini menggunakan sistem operasi Windows 8.1 x64. Sistem operasi tersebut boleh dinaik taraf ke Windows 10. Microsoft Surface 3 juga didukung dengan berbagai sambungan seperti DisplayPort, headset jack, USB 3.0 dan lain-lain. Sehingga kini masih belum diketahui berapa kapasiti bateri yang akan disediakan pada tablet ini.